Vol. 41 No. 2 (2026) Articles
By James McGrail
In 2024, Singapore was again named “Smartest City in Asia,” a position achieved through the strategic deployment of surveillance infrastructures and technocratic governance. This article explores the practices of three Muslim artists whose work challenges the limiting categorizations produced by the intertwined logics of Smart Nation governance and state racialization. Based on fieldwork conducted since 2022, I argue that by offering their work plausible deniability through the strategy of “blurring,” these artists operate in the highly surveilled context of Singapore by being unclear publicly. This not just marks a strategy of evasion. By engaging with the anthropologies of Islam and surveillance, I argue that these artworks disrupt established categories, revealing the inherent complexities of identity obscured by technological efficiency and racial categories. Through these works, which go beyond the visible, these artists create space to imagine something otherwise by complicating the neat categorization of the Singapore state.
Pada tahun 2024, Singapura sekali lagi dinamakan “Bandar Paling Pintar di Asia”, satu kedudukan yang dicapai melalui pelaksanaan strategik infrastruktur pemantauan dan tadbir urus teknokratik. Artikel ini meneroka amalan tiga seniman Muslim yang mengusik pengkategorian terhad yang terhasil daripada logik berjalin antara pentadbiran Smart Nation dan perkauman negara. Berdasarkan hasil kerja lapangan sejak 2022, saya berhujah bahawa dengan menonjolkan karya mereka kebolehnafian yang munasabah melalui motif “blurring”, para seniman ini beroperasi dengan pendekatan yang lebih terselindung dalam suasana pemantauan tinggi di Singapura. Ini bukan hanya atas dasar untuk mengelak. Dengan mengaitkan wacana antropologi Islam dan pemantauan, saya mengemukakan bahawa karya-karya ini mengoyahkan kategori yang sudah mapan, lalu mendedahkan kerumitan identiti yang tersembunyi di sebalik kecekapan teknologi dan kategori perkauman. Melalui karya-karya yang melangkaui apa yang sedia tampak, saya berpendapat bahawa dengan merumitkan pengkategorian kemas dilakarkan Singapura, seniman-seniman ini berupaya mencipta ruang untuk membayangkan realiti yang lain.
blurring; Smart Nation; invisibility; governance; Singapore; surveillance; racialization; “blurring”; ketidaktampakan; tadbir urus; Singapura; pemantauan; perkauman
Copyright (c) 2026 James McGrail
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.